Semak Secara Dalam Talian Sama Ada Anda Layak Mendapat Rebat Elektrik RM40 Ataupun Tidak

Menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan tahun lalu, antara perkara yang diumumkan adalah skim bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini. Ia merupakan satu program baru bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada 31 Disember 2018.

 

Sebanyak RM80 juta diperuntukan oleh kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyasarkan kepada golongan miskin tegar dan miskin yang tersenarai dibawah sistem eKasih.

Sistem eKasih kini akan menggunakan PGK 2016 (Pendapatan Garis Kemiskinan 2016) bagi menentukan status kemiskinan iaitu RM619/bulan bagi miskin tegar dan RM980 bagi kategori miskin.

Penerima yang layak tidak perlu membayar RM40 dan hanya perlu membayar baki selebihnya jika amaun bil melebihi nilai rebat terbabit.

Cara-cara untuk menyemak adalah sangat mudah.

  • Pergi ke halaman SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Cari

  • Paparan seterusnya akan menunjukkan sama ada anda layak atau tidak dalam menerima rebat RM40 tersebut.




Sumber: SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK