Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-07-07 132817

Semak Baki Akaun 1 Dan 2 KWSP Secara Online

Diterbitkan Julai 7, 2021 ยท Dikemas kini Julai 8, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini jika ingin mendaftar i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia memerlukan ahli pergi ke kaunter atau kios KWSP.

Tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan ketika ini, proses tersebut tidak boleh dilaksanakan. Sebagai pemudah cara, ia boleh dilakukan secara dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun View Mode.

Screenshot 2021-07-08 at 10.30.16 AM

Untuk pengetahuan anda, pelbagai semakan boleh dibuat dengan lebih mudah dan pantas melalui i-Akaun View Mode. Antaranya adalah semakan baki akaun, semakan penyata KWSP, semakan kelayakan pengeluaran, semakan rekod caruman, serta kemaskini profil.

Namun begitu, ia hanya terhad untuk aktiviti semakan sahaja atau View Mode. Bermakna perkhidmatan selain yang disebutkan diatas tidak boleh diakses.

Bagi i-Akaun Full Mode anda perlukan TAC serta pengesahan cap jari yang hanya boleh dilakukan di kios atau kaunter KWSP.

Untuk mendaftar i-Akaun View Mode secara dalam talian, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Hubungi KWSP di 03-89226000 pada waktu pejabat (8 pagi-5 petang).
  • Maklumkan kepada petugas KWSP bahawa anda hendak mendaftar i-Akaun secara View Mode.
  • Catatkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diberi petugas KWSP.
  • Buka https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login dan masukkan ID pengguna dan kata laluan tersebut.
  • Setelah berjaya mengakses, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini. Kemudian tukar kata laluan i-Akaun di tetapan profil.

Selesai. Kini anda sudah boleh lakukan semakan tanpa perlu pergi ke kaunter atau kios KWSP.

Soalan Lazim i-AkaunView Mode

Muat turun aplikasi i-Akaun di App Store dan Google Play Store sekarang.

Baca juga – Lagi Dakwaan Telefon Yes Meletup

Baca juga – Aplikasi KitaJaga Permudahkan Orang Ramai Mencari Golongan Yang Memerlukan Bantuan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
©2026 WISER.MY