Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kita Jaga Malaysia

KitaJaga Permudahkan Orang Ramai Mencari Golongan Yang Memerlukan Bantuan

Diterbitkan Julai 6, 2021 · Dikemas kini Julai 21, 2021 oleh Wiser MY

Minggu lepas media sosial tempatan dibanjiri gerakan #BenderaPutih sebagai tanda prihatin dan inisiatif rakyat terhadap sebahagian golongan yang memerlukan bantuan dalam situasi sukar ketika ini.

Sehubungan itu, satu kumpulan pembangun tempatan Terato Tech telah mencipta aplikasi web Kita Jaga Malaysia untuk memudahkan pengguna mengisyaratkan bantuan secara digital.

Screenshot 2021-07-06 114649
Kita Jaga Malaysia

Melalui aplikasi web ini, pengguna boleh menandakan lokasi di peta bagi mengisyaratkan untuk menerima atau memberi bantuan bakul makanan.

Pengguna juga boleh menyediakan maklumat terperinci seperti jenis bantuan dan nombor telefon untuk terus dihubungi. Selain itu, ia juga mempunyai ciri perkongsian untuk memudahkan pengguna menyebar maklumat kepada kenalan di media sosial.

Jika anda memerlukan bantuan atau ingin menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, boleh cuba lakukannya di aplikasi web ini https://kitajaga.co/.

Sumber: @rezarazali

Baca juga – Jangan Sebar Mesej Palsu Tentang Vaksin Pelajar Di WhatsApp

Baca juga – Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY