Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inpulse

Seluar Pendek Pintar Ini Boleh Tingkatkan Prestasi Ketika Berbasikal

Diterbitkan Januari 11, 2021 oleh Amalina Athman

Inpulse iaitu syarikat pemula yang diasaskan oleh penyelidik dari Universiti of Southampton, Devon Lewis telah membangunkan seluar pendek pintar yang dilengkapi dengan sensor dan wayar yang boleh memancarkan arus elektrik ke otot penunggang bagi meningkatkan prestasi ketika berbasikal.

Screen-Shot-2021-01-08-at-12.16.42-920×605 (1)

Ini dilakukan dengan beberapa sensor yang digunakan untuk memantau aktiviti otot penunggang secara berterusan. Maklumat kemudian dihantar melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengira otot mana yang perlu dirangsang dan arus elektrik akan dihantar ke otot melalui rangkaian wayar yang tertanam pada seluar pendek tersebut.

Seluar Pendek Pintar Ini Boleh Tingkatkan Prestasi Ketika Berbasikal

Lewis mengatakan seseorang mempunyai keupayaan yang terhad untuk mengawal otot secara natural. Menerusi seluar pendek ini, ia boleh membantu untuk mengawal otot kerana sensor yang dimuatkan akan memilih otot mana yang perlu dirangsang ketika mereka berbasikal.

Dalam pada itu, produk ini dijangka akan dipamerkan dalam acara CES 2021 yang berlangsung 11 hingga 14 Januari 2021. Inpulse dijangka akan melancarkan produk ini pada April 2021.

Sumber: Cycling Weekly

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY