Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ace pro oneplus

Selepas Motorola, OnePlus Pula Tangguh Pelancaran Telefon Pintar Di China

Diterbitkan Ogos 3, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 3, 2022 oleh Amalina Athman

OnePlus telah menjadualkan acara pelancaran pada hari ini bagi memperkenalkan Ace Pro untuk pasaran China. Walau bagaimanapun, syarikat itu kini mengumumkan pelancaran telefon pintar itu yang sepatutnya berlangsung 7.00 malam ini, akan ditangguhkan atas sebab tertentu.

oneplus tangguh

Pihak OnePlus tidak menyatakan sebab di sebalik penangguhan acara tersebut. Namun, pengumuman ini dipercayai dibuat selepas Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi tiba di Taiwan untuk lawatan rasmi.

Untuk makluman, OnePlus bukanlah satu-satunya syarikat yang menangguhkan acara pelancaran di China. Terdahulu, Motorola juga telah membatalkan pelancaran Razr 2022 dan X30 Pro yang sepatutnya berlangsung semalam, pada saat akhir.

oneplus ace pro

Walaupun acara pelancaran Ace Pro di China telah ditangguhkan, OnePlus dilapor akan tetap meneruskan pelancaran OnePlus 10T, yang dijangka adalah Ace Pro untuk pasaran global. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 10 malam ini.

Sumber: weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY