Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-04 at 11.30.21 AM

Selepas Ini Anda Boleh Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan WhatsApp

Diterbitkan April 4, 2019 · Dikemas kini April 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada Februari yang lalu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna menerima atau menolak jemputan masuk ke dalam sesuatu grup perbualan.

Berdasarkan pengumuman terbaru yang dibuat, ciri tersebut sudah dilancarkan dan bakal dinikmati pengguna tidak lama lagi.

Tetapan ciri ini boleh dibuat dengan cara pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups. Paparan seterusnya, pengguna boleh memilih antara Nobody, My Contacts atau Everyone.

  • Everyone – Sesiapa sahaja boleh tambah masuk anda kedalam grup. Tiada jemputan diterima.
  • My Contacts – Hanya kenalan boleh tambah anda pada bila-bila masa. Selain daripada kenalan, jemputan ke dalam grup akan diberikan.
  • Nobody – Kenalan atau pengguna lain tidak boleh tambah masuk anda ke dalam grup. Hanya jemputan akan diberikan kepada anda.

Screenshot 2019-04-04 at 11.30.21 AM

Jemputan itu akan diberikan pada ruang perbualan peribadi dan pengguna mempunyai masa 3 hari untuk menerima atau menolak jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.

Dengan wujudnya ciri ini, anda diberikan lebih kawalan sebelum ditambah masuk kedalam grup perbualan yang mungkin tidak digemari.

Ia mula ditawarkan ke beberapa pengguna dan akan dilepaskan dengan lebih meluas pada minggu yang mendatang.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY