Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 908 Hari Berada Di Orbit, Pesawat Tanpa Pemandu Ini Mendarat Ke Bumi

Selepas 908 Hari Berada Di Orbit, Pesawat Tanpa Pemandu Ini Mendarat Ke Bumi

Diterbitkan November 15, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah pesawat ujian tanpa pemandu yang dikenali sebagai X-37B Orbital Test Vehicle-6 (OTV-6) telah kembali mendarat ke Bumi dengan baik selepas pesawat itu berada di orbit selama 908 hari.

Pesawat itu selamat mendarat di Kemudahan Pendaratan Ulang-alik Pusat Angkasa Kennedy NASA pada 12 Nov 2022, jam 05:22 pagi lalu.

Selama tempoh penerbangannya, X-37B telah menjalankan sebanyak 6 misi sebagai eksperimen di orbit.

Antara misi yang berjaya dilaksanakan adalah misi Pendedahan Bahan dan Inovasi Teknologi di Angkasa (METIS-2) termasuk salutan kawalan haba, bahan elektronik bercetak dan calon bahan bagi pelindung radiasi.

Selepas 908 Hari Berada Di Orbit, Pesawat Tanpa Pemandu Ini Mendarat Ke Bumi
Selepas 908 Hari Berada Di Orbit, Pesawat Tanpa Pemandu Ini Mendarat Ke Bumi

Satu lagi eksperimen yang NASA jalankan adalah menyiasat kesan mendedahkan benih dalam masa jangka yang panjang pada ruang angkasa lepas.

Para saintis berminat dengan rintangan benih dan kerentanan terhadap tekanan unik persekitaran angkasa, terutamanya radiasi.

Berkaitan

  • Lancar Atau Tidak, Roket NASA Ke Bulan Mungkin Luput Pada Disember Ini
  • Aisberg Bersaiz 2 Kali Ganda Bandar London Dikesan Sedang Bergerak Menuju Kehancuran
  • Lelaki Ini Ubah Suai Kawasaki Ninja Jadi Motosikal Elektrik, Kelajuan Maksimum 100km/j

Hasil daripada eksperimen benih itu akan dimaklumkan kepada produksi tanaman angkasa untuk misi antara planet pada masa depan dan untuk penubuhan pangkalan yang akan didiami secara kekal di angkasa.

Sumber: United States Space Force

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY