Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
artemis 1 NASA

Lancar Atau Tidak, Roket NASA Ke Bulan Mungkin Luput Pada Disember Ini

Diterbitkan November 11, 2022 oleh ariff bukhari

Pelancaran misi roket Artemis 1 yang tertangguh beberapa kali kini membimbang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Ini kerana, roket penggalak bagi misi itu juga mempunyai tamat tempohnya.

Semasa taklimat media pada 3 November lalu, pegawai NASA ada memberitahu pemberita bahawa beberapa komponen penggalak Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) menghampiri tarikh luput semasa mereka.

Ia berdasarkan analisis terkini yang dijalankan oleh ahli pasukan misi tersebut.

artemis 1 SLS

NASA sekali lagi akan mencuba untuk melancarkan misi Artemis 1 pada waktu malam, 14 November 2022.

Pelancaran Artemis 1 telah beberapa kali ditangguhkan, berikutan suhu enjin yang tidak berada pada suhu sepatutnya ketika ujian enjin dijalankan, kebocoran minyak serta gangguan akibat taufan.

Berkaitan

  • Selepas Beberapa Kali Ditunda, Pelancaran Artemis 1 Dijadual Pada 14 November Ini
  • Xiaomi Kekal Nombor Satu Di Malaysia Untuk 2 Suku Berturut-Turut
  • BigPay Beralih Ke Visa, Semua Kad Mastercard Akan Diganti Secara Automatik

Sementara itu, jika terdapat sebarang isu menjelang pelancaran pada 14 November nanti, NASA menyediakan tarikh lain sebagai sandaran iaitu pada 16 dan 19 November.

Jim Free, pentadbir bersekutu Direktorat Misi Pembangunan Sistem Eksplorasi di ibu pejabat NASA di Washington, DC. berkata, jika Artemis 1 tidak dilancarkan pada tarikh tersebut, pasukan misi perlu menjalankan analisis lanjut untuk menentukan sama ada tarikh luput pada pelbagai komponen roket itu boleh dilanjutkan ataupun tidak.

Sumber: Space, NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY