Sampel data yang disiasat oleh Cybernews mungkin mengesahkan dakwaan itu adalah benar.
Set data itu didakwa mengandungi data pengguna WhatsApp dari 84 buah negara.
Ia meliputi data dari 32 juta pengguna WhatsApp di Amerika Syarikat, 45 juta dari pengguna Mesir, 29 juta dari pengguna Arab Saudi, 20 juta dari data pengguna Perancis dan 20 juta data dari pengguna WhatsApp di Turki.
Selain itu, set data yang dijual itu juga didakwa mempunyai hampir 10 juta nombor telefon pengguna di Rusia dan lebih 11 juta dari rakyat UK.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah data pengguna WhatsApp yang terjejas dengan isu ini.
{suggest}
Penggodam yang memberitahu Cybernews berkata bahawa mereka menjual set data AS dengan harga $7,000 (~RM31,325), UK - $2,500 (~RM11,187), dan Jerman - $2,000 (~RM8,950).
Tambah pihak penjual tidak menyatakan bagaimana mereka memperoleh pangkalan data tersebut tetapi menyatakan mereka "menggunakan strategi mereka" untuk mengumpul data dan memberi jaminan kepada Cybernews bahawa semua nombor dalam contoh adalah milik pengguna WhatsApp yang aktif.
Sumber: Cybernews
Berkaitan
- Bukan Lagi 8 Tapi Kini 32 Peserta Boleh Sertai Panggilan Video Grup WhatsApp
- Akhirnya, WhatsApp Untuk iPad Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Pengguna Android Berhati-Hati, Perisian Hasad Baru Dikesan Disebar Secara Automatik Melalui Aplikasi WhatsApp
- Ini Cara Sembunyikan Status “typing...” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp
- Mark Zuckerberg Umumkan Penambahbaikan Bagi Ciri Privasi Dan Sekuriti WhatsApp
- Aplikasi WhatsApp Kini Boleh Digunakan Bersama Telefon Nokia 8110
- WhatsApp Menyediakan Hab Informasi Rasmi Bagi Menangani Penyebaran Berita Palsu Covid-19
- WhatsApp Meraikan Musim Ke-4 Siri Netflix Popular "Stranger Things"
- Berjuta Telefon Pintar Tidak Lagi Boleh Mengaktifkan Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun 2020
- WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar