Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Takuk, Rekaan Baharu – Ini Adalah Konsep “iPhone 14”

Selamat Tinggal Takuk, iPhone 14 Mungkin Guna Paparan Berlubang

Diterbitkan Disember 9, 2021 ยท Dikemas kini Disember 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Ketika mana ramai menantikan siri iPhone 13 dilancarkan, Jon Prosser dengan tiba-tiba memperlihatkan konsep iPhone 14 pada masa hadapan.

Berdasarkan konsep yang dikongsikan itu, ia hadir dengan rekaan yang mirip dengan iPhone 5S dan yang paling penting, takuk sudah tidak lagi kelihatan.

Bukan Jon sahaja, Mark Gurman serta Ming-Chi Kuo turut mempunyai pendapat yang sama – iPhone 14 bakal diberi nafas baharu setelah sekian lama.

Terbaru, satu lagi khabar angin timbul yang mendakwa bahawa Apple akhirnya akur untuk membuang takuk dan menggantikan paparan berlubang pada siri iPhone 14. Namun, laporan tersebut menyatakan ia hanya bagi model Pro sahaja.

Tiada Takuk, Rekaan Baharu – Ini Adalah Konsep “iPhone 14”

Melaluinya juga, Apple perlu mencari cara lain bagaimana untuk melaksanakan paparan berlubang itu. Ini disebabkan takuk itu sebenarnya dilengkapi dengan sensor bagi Face ID.

Jadi, mungkin Apple akan meletakkan sensor Face ID tersebut di bawah skrin dan kamera kekal dapat dilihat.

Selain itu, tidak mustahil juga sekiranya Apple tidak menawarkan Face ID. Sebaliknya menggunakan imbasan cap jari di bawah skrin walaupun ura-ura sebelum ini menjangkakan Apple tidak akan berbuat demikian.

Sumber: TheElec

Baca juga:

  • DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max

  • Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic

  • Dalam Diam Tim Cook Buat Perjanjian Dengan China Pada 2016, Mungkin Lanjut Ke 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY