Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Gurman: Rekaan iPhone 14 Bakal Diberi Nafas Baharu

Posted on September 27, 2021

Apple boleh dikatakan selamat daripada menerima kritikan teruk apabila menampilkan ProMotion dan bateri lebih besar berbanding model terdahulu. Pun begitu, masih ramai peminat yang menantikan perubahan ketara pada model iPhone ini.

Namun, perkara tersebut mungkin akan berubah pada tahun hadapan, terutama bagi yang masih berkira-kira untuk menaik taraf iPhone.

Memetik laporan Mark Gurman yang terkini, beliau mendakwa bahawa siri iPhone 14 bakal diberi nafas baharu. Antaranya adalah kehilangan takuk dengan mewujudkan paparan berlubang dan modul kamera yang berbeza.

Akan tetapi, pengimbas cap jari pada skrin mungkin masih tidak kelihatan lagi pada tahun hadapan yang mana ia dijangka hadir pada tahun 2023. Konsep iPhone 14 yang dimaksudkan Gurman ini juga sudah dikongsikan Jon Prosser, sehari sebelum siri iPhone 13 dilancarkan.

Tambahan lagi, model mini dikatakan tidak ditawarkan dan barisan iPhone 14 akan menerima saiz baharu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Selain itu, model yang tertinggi juga dijangka hadir dengan sensor kamera 48MP.

Dalam pada itu, Gurman turut mengatakan Apple akan memperkenalkan telefon lipat pertama mereka pada tahun 2024. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

  • Apple Selesaikan Isu Aplikasi Pihak Ketiga Tak Dapat Guna 120Hz Sepenuhnya
  • iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar
  • Ini Sebab Kenapa Ramai Yang ‘Kecewa’ Dengan iPadOS 15

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress