Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen 1 5

Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic

Diterbitkan Disember 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, ini kerana IceUniverse telah berkongsikan hasil ukur aras prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 walaupun masih belum diketahui peranti mana yang digunakan dalam ujian tersebut.

Terdapat tiga jenis platform ujian yang dilakukan, iaitu GFXBench T Rex Offscreen, GFXBench Manhattan Offscreen ES 3.0 (FPS) dan juga 3DMark Wild Life Unlimited.

Secara keseluruhan, buat pertama kalinya prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 hampir menandingi GPU Apple A15 Bionic.

Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic
Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic
Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 1 Hampir Menandingi Apple A15 Bionic

Malah, untuk ujian GFXBench Manhattan Offscreen ES 3.0 pun, cip terbaru Snapdragon mengalahkan iPhone 13 Pro dengan skor kadar bingkai 267 berbanding Apple yang hanya 215.

Bagaimanapun, ini masih lagi permulaan kerana banyak lagi ujian perlu dilakukan jika benar-benar untuk mengetahui sejauh mana kemampuan Snapdragon 8 Gen 1.

Tambahan lagi, IceUniverse turut menegaskan dalam ciapan di Twitter terdahulu di mana adakah prestasi CPU Snapdragon 8 Gen 1 sudah baik terutama isu panas seperti mana yang wujud pada Snapdragon 888.

Sumber: IceUniverse

Baca juga:

  • Ada Khabar Xiaomi Nak Letak Lapisan Anti Silau Dekat Kamera Belakang

  • Snapdragon Rasmi Cip Khas Untuk Konsol, Kerjasama Dengan Razer

  • Ini Model Telefon Yang Pasti Guna Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY