Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selain Pixel Generasi Ke-2, Google Mungkin Akan Hasilkan Telefon Pintar Bajet

Selain Pixel Generasi Ke-2, Google Mungkin Akan Hasilkan Telefon Pintar Bajet

Diterbitkan Mac 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini kita sudah mendengar berita mengenai Google yang ingin mengeluarkan telefon Pixel generasi ke-2, dan yang terkini syarikat enjin pencarian itu turut dipercayai akan menghasilkan telefon pintar bajet.

Menurut 9 To 5 Google, terdapat satu laporan dari sumber mereka menyatakan Google sedang menjalankan ujian terhadap satu prototaip secara senyap.

Prototaip yang dirujuk sebagai “Pixel 2B” itu, mungkin akan diumumkan bersama Pixel 2 atau juga mungkin diumumkan selepas pelancaran Pixel 2.

Sumber itu turut memberitahu, “Pixel 2B” ini akan dijual pada harga yang lebih murah dengan prestasi yang sedikit rendah dibandingkan dengan versi premium, Pixel 2.

Dengan pengeluaran telefon pintar bajet “Pixel 2B”, Google dilihat mahu bersaing di semua peringkat pasaran-premium dan mampu milik.

Sumber: 9 To 5 Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY