Jadi jika anda tertanya-tanya sama ada Google Pixel 2 akan dikeluarkan tahun ini jawapannya adalah..........
Ya, ia bukan sekadar khabar angin tetapi perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Rick Osterloh, Ketua Jabatan Perkakasan di Google.
Osterloh yang ditemu ramah oleh laman Androidpit telah menyatakan bahawa peranti Pixel akan kekal dalam kelas premium. Ini menunjukkan bahawa tidak akan ada versi "lite" atau "mini" bagi siri Pixel. Tidak akan ada.
Hal ini mungkin sedikit sebanyak berkait rapat untuk bersaing dengan Apple yang mendominasi pasaran telefon pintar premium.
Sekarang anda sudah tahu tentang dua perkara mengenai "Pixel 2"
- Akan dikeluarkan tahun ini
- Harga premium
Bagaimana pula dengan spesifikasi telefon ini? Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Brittany McGhee, Pixel 2 mungkin akan bercirikan:
- kalis air (apa guna kalau bayar mahal tapi lemas, betul tak?)
- Cip pemproses berkuasa tinggi (Snapdragon 83x atau cipset dari Intel?)
- Platform Android yang baru (Android Oreo barangkali?)
Dengan temu ramah dan ulasan dari laman-laman teknologi terkenal ini, jelas sekali Pixel 2 bakal dibangunkan dengan fokus untuk pasaran premium dan jika anda berhajat untuk memiliki peranti Pixel, bolehlah mula menabung dari sekarang.
Berkaitan
- Pengendali Telco Singapura Pilih Rangkaian 5G Dari Nokia Dan Ericsson
- Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah
- MyFreeView Hidang 15 Saluran TV, Dijangka Tambah Penyiar Baru Selepas Ini
- Indonesia Sekat Laman Web nikahsirri.com, "Mengubah Zina Menjadi Ibadah"
- Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB
- Fortnite Mula Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Tanpa Perlu Jemputan
- Mi A2 Lite - Model "Adik" Kepada Mi A2 Dilancarkan
- eDrive - Aplikasi Dari DBKL Ini Bantu Anda Pantau Kesesakan Trafik Di Kuala Lumpur
- Sistem Biometrik Bagi Pekerja Asing Akan Dilaksana Februari 2018
- WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi