Selain Mi 6, Xiaomi Akan Umumkan Produk Baru Yang Lain

Esok, 19 April merupakan hari pelancaran bagi model Mi 6 dan ia akan dilancarkan di Beijing, China.

Tetapi menurut Mijia (anak syarikat Xiaomi), syarikat dari China itu akan turut memperkenalkan produk baru yang lain.

s_52a7386d49214c828c8198c1e7d36293

Pada akaun Weibo milik Mijia, mereka mengadakan undian bagi pengguna meneka produk terbaru yang akan dikeluarkan Xiaomi.

Jika dilihat kepada imej yang dimuat naik pada laman tersebut, Xiaomi mungkin akan mengumumkan Mi TV, Mi Headphones, Mi Speaker dan beberapa produk yang tidak dikenal pasti.

s_2704adc99261435d88edadda22705ab6

Khabar angin pula mengatakan Xiaomi membuang bicu audio 3.5mm untuk model Mi 6.

Jadi, mungkinkah fon kepala yang akan dikeluarkan ini adalah versi bluetooth?

Sama-sama kita nantikan laporan pada esok hari.

Sumber: Mydriver.com