Xiaomi Perkenal Cermin Pandang Belakang Pintar Untuk Kegunaan Kereta

Tidak pelik rasanya bila kita mendengar Xiaomi menghasilkan cermin pandang belakang untuk kereta, betul tak?

Dari periuk nasi, kamera, penapis air, telefon pintar hinggalah kepada basikal, tidak ada yang mustahil untuk direka pengeluar dari China itu.

Terkini, Xiaomi telah menghasilkan sebuah cermin pandang belakang pintar, berfungsi memudahkan pemandu ketika diatas jalan raya.

Cermin pandang belakang ini dilengkapi dengan sokongan arahan suara serta ciri yang membantu pemandu sentiasa peka dengan sekeliling.

Hadir dengan rekaan cermin bersaiz 8.88 inci dengan resolusi 1920 x 480, di bahagian dalam terpasang sensor imej berprestasi tinggi OV 1/2.9.

Antara fungsi sokongan dan ciri yang terdapat pada cermin pandang belakang ini adalah:
• Sokongan WiFi
• Rakaman video 30FPS berdefinisi 1080P
• 160’ darjah sudut rakaman video
• Lensa 6G
• Muat turun dari 100Mbps hingga ke 300 Mbps

Pasti anda tertanya-tanya apa yang mampu dilakukan cermin pintar ini. Ia berupaya memberi amaran jika:
• Pemandu terkeluar dari laluan
• Pemandu terlalu rapat dengan kenderaan dihadapan

Fungsi rakaman video pula boleh merakam bahagian belakang kereta dan sekiranya berlaku kemalangan, pemandu boleh memainkan semula rakaman video untuk tujuan penyiasatan.

xiaomi-rearview-mirror6
Sokongan WiFi yang terdapat pada cermin pintar pula digunakan untuk sambungan ke aplikasi dalam telefon pintar, jadi segala rakaman video mampu diakses dan disimpan melalui telefon pintar.

xiaomi-rearview-mirror7

xiaomi-rearview-mirror8
Xiaomi dijangka memasarkan peranti ini pada harga lebih kurang ~RM 649.

Sumber: Gizmo China