Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anak Muda Malaysia Tak Lagi Minat Untuk Beli Kereta – Beam

Anak Muda Malaysia Tak Lagi Minat Untuk Beli Kereta – Beam

Diterbitkan Mac 29, 2023 ยท Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Helmi Samsuri

Setiap dari kita mesti mempunyai hasrat untuk memiliki kereta idaman masing-masing. Tidak kiralah sama ada model dalam mahupun luar negara.

Namun, berdasarkan tinjauan awam yang dilakukan oleh Beam Mobility, anak muda Malaysia masa kini dilihat tidak lagi berminat untuk memiliki kereta.

Antaranya adalah disebabkan daripada peningkatan kos pemilikan serta peningkatan kesesakan lalu lintas. Menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kos sebanyak RM611 sebulan dibelanjakan rakyat Malaysia untuk pengangkutan sahaja.

Selain itu, pengguna juga kehilangan tempoh lebih kurang dua hari penuh (44 jam) setiap bulan kerana terperangkal dalam kesesakan lalu lintas.

Faktor-faktor penyumbang inilah mungkin menyebabkan generasi muda masa kini tidak lagi melihat kereta sebagai medium pergerakan antara satu tempat ke tempat yang lain.

Untuk makluman, setakat ini Beam Mobility telah bekerjasama dengan 9 buah universiti di Malaysia.

Menerusinya, sejumlah skuter telah ditempatkan di universiti-universiti tersebut bagi memudahkan perjalananan didalam kawasan kampus.

Berkaitan

  • Apple AirTag Membantu Pemiliknya Temui Semula Skuter Elektrik Yang Dicuri
  • Gambar Lelaki Bekerja Guna Komputer Riba Sambil Tunggang Skuter Tular Di India
  • (Ulasan) e-Skuter Beam - Lupakan e-Hailing, Duit Pun Boleh Buat 'Saving'

Sembilan universiti yang terlibat adalah…

  • Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
  • International University of Malaya-Wales (IUMW)
  • EduCity Iskandar
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Pahang.

1. Beam and Educity Representatives

Melalui penawaran e-skuter ini, Beam menyasarkan penggunaan kereta didalam kawasan kampus dapat dikurangkan dan mampu menyelesaikan masalah seperti kekurangan parkir kereta.

Sumber: Siaran Akhbar Beam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY