Sekatan Muat Turun Aplikasi VLC Pada Peranti Huawei Sudah Ditarik Balik

Reading Time: 1 minute

Tahun lalu kita telah menyaksikan pembangun pemain video popular VLC, VideoLabs mengambil langkah menyekat aplikasi tersebut dari dimuat turun peranti Huawei.

Perkembangan terbaru mengenai sekatan tersebut, ia dilaporkan sudah ditarik balik beberapa bulan lalu, tetapi pembangun VLC merasakan tiada keperluan untuk mengumumkannya.

Pada awalnya, sekatan muat turun dikenakan selepas pengguna Huawei memberikan penarafan satu bintang serta komen kurang senang terhadap aplikasi VLC di Google Play Store. Namun, ia menyebabkan pengguna tidak boleh memainkan muzik pada VLC secara latarbelakang lantas menyalahkan aplikasi tersebut.

Ia dikatakan berpunca daripada sistem Huawei yang menghalang aplikasi dari beroperasi pada latarbelakang untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Walaubagaimanapun, sekatan hanya dibuat untuk muat turun dari Google Play Store sahaja dan pengguna Huawei masih boleh mendapatkannya dalam bentuk APK. Kini, jika anda memiliki peranti Huawei dan mahukan aplikasi VLC, boleh saja terus ke Google Play Store untuk mendapatkannya.

Sumber: Android Police via Android Authority

Helmi Samsuri
Tentang Penulis

Pengerusi Kelab Catur Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *