Huawei Perkenal Nova 7 Pro, Nova 7 Dan Nova 7 SE

Siri Nova daripada Huawei kini menerima tiga lagi ahli baru yang membariskan Huawei Nova 7, Nova 7 Pro dan Nova 7 SE.

Masing-masing diberi keupayaan sambungan 5G namun dibezakan pada beberapa bahagian.

Huawei Nova 7 Pro



Dimulakan dengan model tertinggi dulu iaitu Nova 7 Pro. Model ini tampil dengan skrin OLED 6.57 inci dengan resolusi FHD+. Pada paparan itu terdapat rekaan berlubang dipenjuru kiri yang menempatkan dwi kamera hadapan 32MP dan 8MP.

Kamera bahagian belakang pula  diketuai oleh lensa 64MP bersama-sama 8MP ultra lebar, 8MP periskop (5x optikal dan 5x zoom hybrid) dan 2MP makro. Bagi pengoperasian dalaman pula menampilkan cip Kirin 985 yang diiringi pasangan RAM 8GB serta pilihan storan 128GB atau 256GB.

Nova 7 Pro akan menjalankan sistem EMUI 10.1 yang berasaskan Android. Janaan kuasa peranti diperoleh daripada bateri 4000mAh yang diisi dengan pengecasan pantas 40W.

Huawei Nova 7



Sebuah lagi model iaitu Nova 7 ditawarkan dengan hanya sedikit perbezaan berbanding versi Pro diatas.

Memperagakan skrin paparan OLED dengan resolusi FHD+, saiznya adalah 6.53 inci. Rekaan paparan berlubang juga lebih kecil dimana hanya dihuni oleh satu kamera 32MP.

Sistem kuad kamera belakang versi Pro dikekalkan pada model ini, tetapi lensa 8MP periskop ditukar kepada 8MP telefoto (3x zoom optikal dan 5x zoom hybrid).

Lain-lain spesifikasi dilihat masih sama iaitu cip Kirin 985, RAM 8GB serta storan antara 128GB dan 256GB. Bateri yang dibekalkan juga adalah 4000mAh dengan daya pengecasan pantas 40W.

Huawei Nova 7 SE



Edisi SE ini menawarkan spesifikasi lebih rendah dari abang-abangnya diatas. Tidak mempunyai paparan OLED, ia hanya dipasang dengan skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci.

Tugas merakaman bahagian hadapan diberikan kepada lensa 16MP yang diletakkan pada rekaan berlubang di bucu kiri.

Seperti dua model diatas, Nova 7 SE turut disediakan dengan kuad kamera, terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar sementara baki lagi adalah 2MP makro serta 2MP depth.

Menguasakan peranti hanyalah cip Kirin 820G beserta konfigurasi memori yang sama, RAM 8GB dan storan 128GB atau 256GB.

Turut sama dimuatkan pada Nova 7 SE adalah bateri 4000mAh dan pengecasan pantas 40W.

Nova 7 Pro dan Nova 7 dilengkapkan dengan ciri imbasan cap jari pada paparan manakala Nova 7 SE pula menggunakan ciri imbasan jari pada sisi peranti.

Dipasarkan di China terlebih dahulu, harga setiap model adalah seperti berikut;

  • Huawei Nova 7 Pro

    • 3700 yuan (~RM2280)

    • 4100 yuan (~RM2527)



  • Huawei Nova 7

    • 3000 yuan (~RM1849)

    • 3400 yuan (~RM2095)



  • Huawei Nova 7 SE

    • 2400 yuan (~RM1479)

    • 2800 yuan (~RM1725)