Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sejumlah 6 Juta Akaun Pengguna Instagram Digodam, Termasuk Selebriti Terkenal Dunia

Sejumlah 6 Juta Akaun Pengguna Instagram Digodam, Termasuk Selebriti Terkenal Dunia

Diterbitkan September 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dilaporkan 6 juta akaun Instagram telah diceroboh dan pengodam mendakwa mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi milik pemegang akaun tersebut.

Kes ini mula mendapat perhatian apabila, akaun Instagram milik selebriti terkenal, Selena Gomez digodam dengan menyiarkan foto Justin Bieber tanpa pakaian pada minggu lalu.

Sejumlah 6 Juta Akaun Pengguna Instagram Digodam, Termasuk Selebriti Terkenal Dunia

 

Sejumlah 6 Juta Akaun Pengguna Instagram Digodam, Termasuk Selebriti Terkenal Dunia

Difahamkan maklumat peribadi yang berjaya digodam itu disimpan di dalam pengakalan data dark web yang dicipta pengodam. Pakar sekuriti dari UK menemui beratus maklumat peribadi di dalam pengkalan data itu, termasuk beberapa selebriti terkenal seperti Emma Watson, Taylor Swift dan .

Menurut penyelidik di Kaspersky Lab, hal ini terjadi akibat kesilapan dalam pilihan “tetapkan semula kata laluan” pada aplikasi Instagram yang mana ia mendedahkan nombor telefon, dan alamat e-mel, tetapi bukan kata laluan.

Cara serangan adalah dengan cara menghantar permintaan untuk menetapkan semula kata laluan dan sejurus selepas itu pengodam akan memintas maklumat yang dihantar sebagai tindak balas kepada pertanyaan keselamatan.

Kerentanan sistem ini wujud dalam aplikasi Instagram versi 2016, jadi bagi akaun  yang mempunyai versi terkini terselamat dari diceroboh.

Sumber: Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY