Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Secure2u Bakal Ganti SMS TAC Bagi Transaksi Atas Talian Maybank Bermula Disember

Secure2u Bakal Ganti SMS TAC Bagi Transaksi Atas Talian Maybank Bermula Disember

Diterbitkan November 28, 2018 oleh Haikel Areff

Perbankan atas talian hari ini memudahkan segala transaksi dibuat tanpa perlu beratur panjang dihadapan mesin ATM lagi. Bagaimanapun, ia terdedah dengan beberapa ancaman seperti godaman dan sebagainya.

Oleh itu, kebanyakan bank menggunakan sistem SMS TAC bagi pengesahan transaksi sekaligus memastikan pemilik akaun sendiri yang membuat transaksi berkenaan. Namun bagi Maybank, sistem pengesahan tersebut tidak lagi akan digunakan dalam beberapa masa mendatang.

https://twitter.com/MyMaybank/status/1065576925576474624

Ini kerana mereka akan menggantikan sistem SMS TAC dengan sistem Secure2u dengan dua kali penyulitan iaitu Secure Verification dan Secure TAC.

Secure TAC adalah hampir sama dengan SMS TAC, bezanya Secure TAC dijana terus melalui aplikasi mudah alih Maybank2u sambil SMS TAC akan diberikan melalui kiriman SMS. Namun, SMS TAC sebelum ini berdepan beberapa masalah seperti tiba lewat mahupun tidak tiba langsung.

Seterusnya, Secure Verification akan mengeluarkan notifikasi pada peranti pengguna bagi membolehkan mereka untuk “Terima” atau “Tolak” transaksi yang dijalankan dalam masa 30 saat.

Screenshot 2018-11-28 at 10.08.27 AMSenarai perkhidmatan yang menggunakan Secure2U (Kredit: Maybank)

Pihak Maybank akan mula menggunakan sistem Secure2u ini pada perkhidmatan-perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula 1 Disember nanti.

Maka, pengguna yang ingin menggunakan perkhimatan atas talian Maybank ini adalah dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Maybank2u di gedung Google Play Store dan Apple App Store.

 

Sumber: FAQ Secure2U

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY