Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Dilapor Bakal Lancarkan Peranti Snapdragon 855 Dengan Harga Mampu Milik

Sebuah Lagi Model Redmi Dijangka Akan Diperkenalkan 15 Februari Nanti

Diterbitkan Januari 29, 2019 oleh Haikel Areff

Bulan Februari dijangka akan menjadi bulan yang sibuk bagi pengeluar dari China, Xiaomi. Ini kerana mereka dilaporkan akan memperkenalkan sebuah lagi peranti pada bulan hadapan iaitu Redmi X.

Ia berdasarkan sebuah poster yang tertiris atas talian di mana ia menunjukkan bahawa peranti tersebut akan dilancarkan pada 15 Februari nanti.

Sebuah Lagi Model Redmi Dijangka Akan Diperkenalkan 15 Februari Nanti
Sina

Sebelum ini Xiaomi dijangka akan memperkenalkan peranti Redmi Note 7 Pro dan Mi 9 juga pada bulan hadapan.

Redmi X ini dikatakan akan hadir dengan cip Snapdragon 710 serta imbasan cap jari dari dalam skrin dan akan dipasarkan dengan harga jualan yang sederhana.

Sederhana di sini bermaksud ia tidaklah semurah model Redmi sebelum ini namun bukan juga semahal peranti flagship Xiaomi yang lain seperti siri Mi dan Mi Mix.

Adalah menarik untuk kita saksikan perancangan dan strategi Xiaomi untuk menaikkan jenama Redmi dalam beberapa bulan mendatang.

 

Sumber: Sina via Gadgets360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY