Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cas iphone

Sebilangan Pengguna Mengadu iPhone 14 Pro ‘Restart’ Ketika Dicas

Diterbitkan September 28, 2022 oleh Amalina Athman

Sebilangan pengguna kini mengatakan iPhone 14 Pro mengalami masalah yang menjadikan peranti itu restart ketika mengecas menggunakan MagSafe atau Lightning, berdasarkan laporan 9to5Mac.

Melalui Reddit, seorang pengguna telah memuat naik hantaran mengenai isu yang berlaku pada iPhone 14 Pro miliknya. Dikatakan masalah tersebut hanya berlaku ketika iPhone 14 Pro dicas, dan sebaliknya apabila pengecas dimatikan.

Sebilangan Pengguna Mengadu iPhone 14 Pro ‘Restart’ Ketika Dicas

Sementara itu, seorang pengguna iPhone 14 Pro Max pula menyatakan peranti itu dihidupkan semula (restart) setiap 10 hingga 20 minit ketika dicas. Sebilangan yang lainnya juga melaporkan masalah yang sama masih berterusan walaupun pada iOS 16.0.2 atau iOS 16.1 beta.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Apple Beri Amaran, Aktifkan Ciri iOS 16 Ini 'Mungkin' Akan Cepat Habiskan Bateri iPhone
  • Kemas Kini iOS 16.0.2 Dilepaskan Dengan Sejumlah Baik Pulih Pepijat, Termasuk Isu Kamera Bergetar

Bagi pengguna yang menghadapi isu tersebut, dinyatakan Apple Support memberikan beberapa saranan termasuk pemulihan penuh daripada sandaran dengan DFU, pemulihan penuh daripada sandaran dengan Recovery Mode, lumpuhkan (disable) pengecasan yang dioptimumkan serta nyahpasang aplikasi Eufy.

Namun, sebaliknya pengguna menyatakan saranan itu tidak membantu dan setakat ini hanya dengan melumpuhkan Background App Refresh sahaja yang berkesan.

Bagaimanapun, pilihan yang terbaik jika masalah tersebut masih berterusan adalah dengan memulangkan semula iPhone yang terkesan dalam tempoh 14 hari pembelian (diterima) dan kemudian membeli yang baru, atau meminta penggantian.

Buat masa ini, masih belum diketahui seberapa banyak model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang terjejas dengan isu berkenaan.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY