Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 7 pro

Siri Google Pixel 7 Rasmi – Sokongan Kemas Kini Hingga “5 Tahun”

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 7, 2022 oleh Firdaus

Google telah merasmikan siri Google Pixel 7 dalam acara Made by Google pada 6 Oktober, hari Khamis lepas.

Pihak Google menyatakan melalui ciri Pixel Feature Drops,  setiap bulan peranti Pixel akan mendapatkan kemampuan dan ciri yang baharu.

Oleh itu, peranti Google Pixel akan sentiasa kekal relevan dan berkuasa setiap masa. Menariknya lagi, peranti Pixel baharu ini akan mendapat sokongan kemas kini selama 5 tahun secara terus dari Google.

Dalam acara tersebut, Google telah berkongsikan maklumat rasmi berkenaan siri Pixel 7 seperti di bawah:

Google Pixel 7

Pixel 7 datang dengan rekaan baharu yang lebih elegan, unik dan premium dengan kemasan tekstur matte sutera. Selain itu, Pixel 7 datang dengan 3 variasi warna.

pixel 7

Peranti ini menawarkan paparan skrin FHD+ bersaiz 6.3 inci dengan rekaan bezel yang kurang.

pixel 7 pro

Pixel 7 juga menampilkan kamera swafoto ultra-lebar yang dipertingkatkan dan tetapan dwi-kamera utama.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • 7 Stor Lazada Terbaik Sempena Promosi 10.10 Ini
  • Ramai Tak Faham Apa Itu Metaverse, Teknologi Lain Akan Kuasai Masa Depan - Tim Cook

Google Pixel 7 Pro

Pixel 7 Pro adalah peranti telefon pintar paling berkuasa daripada Google setakat ini. Didatangkan 3 pilihan warna yang unik dan menarik.

pixel 7 pro

Versi ‘Pro’ hadir dengan saiz paparan 6.7 inci dengan ciri kadar segar semula yang pelbagai bergantung kepada jenis penggunaan.

Berbanding Pixel 7, peranti ini mempunyai tetapan 3 kamera utama – terdiri daripada kamera telefoto dan ultra-lebar yang dipertingkatkan.

pixel 7 pro
pixel 7 pro

Kedua-dua peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Google Tensor G2. Cip ini akan mengurangkan penggunaan kuasa untuk aktiviti harian seperti merakam video, penstriman dan banyak lagi.

P

Pixel 7 akan dijual bermula pada tanda harga USD599 (~RM2,785) manakala Pixel 7 Pro pula boleh dibeli pada harga USD899 (~RM4,180).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY