Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo ace2 eva

Sebelum Ini Gundam, Kini OPPO Perkenal Ace2 Edisi Khas Bertemakan Evangelion

Diterbitkan Mei 28, 2020 · Dikemas kini Mei 29, 2020 oleh Meor Hasyim

OPPO Ace2 merupakan peranti kesinambungan kepada OPPO Reno Ace tahun lepas. Peranti ini telah dilancarkan di China dan masih belum lagi dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sebelum ini OPPO sudah sedia menawarkan edisi khas Reno Ace bertemakan Gundam. Hari ini, OPPO telah memperkenalkan sebuah lagi peranti edisi khas, kali ini bertemakan animasi Evangelion untuk Ace2 dinamakan OPPO Ace2 EVA Limited Editon.

oppo ace2 eva

Peranti ini hadir dengan rekaan menarik dihiasi tema EVA-01 bersama warna ungu dan hijau. Bukan sahaja rekaan visualnya berbeza dengan Ace2 biasa, ia turut hadir dengan aksesori khas, dan latar belakang bertemakan animasi itu.

OPPO Ace2 EVA Limited Edition Custom themes

Kotak pembelian turut dilengkapi dengan pengecas, kabel, dan fon telinga edisi khas. Malah, pencucuk SIM juga turut diubah khas.

OPPO Ace2 EVA Limited Edition in box accessories

Bersama-sama peranti tersebut, OPPO turut memperkenalkan edisi khas kustom fon telinga Enco W31 dan juga pengecas tanpa wayar Air VOOC. Terdapat juga OPPO Watch yang masih belum lagi dilancarkan secara rasmi untuk melengkapkan penampilan khas peranti.

Oppo Eva Limited Edition Accessories

Sebagai peranti edisi khas, OPPO Ace2 EVA hanya dijual sebanyak 10,000 unit sahaja di seluruh dunia bermula 1 Jun ini. Ia dipasarkan berharga CNY 4,400 (~RM2,677) sebuah. Harga ini walau bagaimanapun tidaklah semahal mana memandangkan OPPO Ace2 biasa dijual berharga CNY 4,000 (~RM2,433).

Sumber: OPPO Ace2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY