Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Keluarkan Kenyataan Terbaru Mengenai Insiden 50 Juta Facebook Digodam

Sebanyak 419 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Dilaporkan Terdedah Di Atas Talian

Diterbitkan September 6, 2019 oleh ariff bukhari

Facebook mendakwa pangkalan data tersebut adalah data lama.

Laman TechCrunch telah melaporkan bahawa lebih daripada 419 juta nombor telefon pemilik akaun Facebook telah terdedah di atas talian. Menurut mereka jumlah tersebut termasuklah 133 juta rekod nombor telefon pengguna Facebook dari A.S, 18 juta pengguna  Facebook dari U.K dan lebih 50 juta lagi adalah dari Vietnam.

Setiap rekod yang terdedah dari pangkalan data itu memaparkan maklumat akaun Facebook serta senarai nombor telefon yang dimasukkan ke dalam Facebook.

Malah pihak TechCrucnh turut mendapati ada rekod dari pangkalan data yang terdedah itu memaparkan nama pengguna, jantina serta lokasi negara pemiliknya.

Ia pertama kali ditemui oleh penyelidik keselamatan bernama Sanyam Jain dan beliau telah berkongsi penemuan tersebut kepada pihak TechCrunch. Tidak lama selepas dihubungi oleh pihak TechCrunch, hos pelayan pangkalan data itu telah menutup pelayan tersebut.

Susulan daripada pendedahan itu, pihak Facebook menerusi jurucakap mereka memaklumkan bahawa data yang terdedah itu adalah data lama yang sudah lagi tidak digunakan.

“This data set is old and appears to have information obtained before we made changes last year to remove people’s ability to find others using their phone numbers. The data set has been taken down and we have seen no evidence that Facebook accounts were compromised.” Jurucakap Facebook.

Cuma yang masih menjadi persoalan adalah siapakah yang bertanggungjawab menguruskan data-data tersebut sehingga menyebabkan ia terdedah kepada umum?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY