Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android malware

Sebanyak 24 Aplikasi Android Ini Didakwa Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya

Diterbitkan Februari 4, 2020 oleh ariff bukhari

Kesemua aplikasi ini dibangunkan oleh sebuah firma pembangun perisian dari China.

Penyelidik dan pembangun dari laman VPNPro melaporkan penemuan terbaru mereka ke atas 24 aplikasi Android yang didakwa membawa perisian hasad di dalamnya.

VPNPro mendakwa, kesemua aplikasi Android itu telah dibangunkan oleh sebuah firma China bernama Shenzhen HAWK Internet Co., Ltd.

“Shenzhen HAWK Internet Co., Ltd is a Chinese company that’s secretly developing 24 popular apps, totaling more than 382 million installs, with some apps containing malware and rogueware, and often participating in unethical practices.” VPNPro.

VPNPro menerangkan, Shenzhen HAWK Internet Co., Ltd. adalah firma milik penuh TCL Corporation, sebuah firma China yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan China.

“TCL Corporation has strong ties to the Chinese government, starting off in the early 2000s as a state-owned enterprise, and growing to be a large corporation through government support.”

Daripada penyelidikan lebih mendalam, VPNPro mendapati Shenzhen HAWK Internet Co., Ltd. dipecahkan kepada 5 firma pembangun perisian lain iaitu  Tap Sky, Hawk App, Hi Security, Alcatel dan ViewYeah Studio.

Berikut adalah aplikasi-aplikasi Android yang dibangunkan oleh firma-firma tersebut yang didapati mengandungi perisian hasad di dalamnya menurut VPNPro:-

Sebanyak 24 Aplikasi Android Ini Didakwa Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya

Perisian hasad yang berada di dalam aplikasi-paliksi ini didakwa mampu melaksanakan beberapa arahan rahsia seperti membuat panggilan tanpa kebenaran pengguna, mengambil foto dan merakam video tanpa pengetahuan pengguna, merakam audio secara rahsia dan banyak lagi.

VPNPro memaklumkan sehingga kini, pihak Google masih tidak membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari Play Store dari di tawarkan kepada pengguna.

Oleh itu, VPNPro menasihatkan pengguna Android supaya segera membuang aplikasi-aplikasi itu dari peranti pintar mereka jika pengguna ada memasangnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY