Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebanyak 181 Aplikasi Berkaitan Vape Telah Dibuang Dari App Store

Sebanyak 181 Aplikasi Berkaitan Vape Telah Dibuang Dari App Store

Diterbitkan November 16, 2019 oleh ariff bukhari

39 kematian telah dilaporkan berlaku di A.S setakat ini.

Jika anda adalah penghisap tegar rokok elektronik aka vape dan mendapati tiada lagi aplikasi-aplikasi berkaitan vape ditwarakan di App Store, ini adalah kerana pihak Apple telah membuang kesemua aplikasi-aplikasi tersebut dari App Store.

Secara tepatnya, sebanyak 181 aplikasi berkaitan vape telah tiada lagi di dalam App Store. Tindakan tersebut diambil Apple berikutan kebimbangan aktiviti vape memberikan kesan buruk pada kesihatan penggunanya.

Aplikasi-aplikasi vape yang ditawarkan di App Store sebelum ini terdapat dalam pelbagai kategori seperti aplikasi permainan bertemakan vape dan aplikasi yang memberikan berita serta informasi tentang vape.

Walaubagaimanapun, Apple masih membenarkan aplikasi-aplikasi vape yang telah dimuat turun pengguna ke dalam peranti iOS mereka digunakan dan memindahkannya ke peranti yang lain.

Setakat ini lebih daripada 2,051 jumlah kes penyakit misteri paru-paru membabitkan pengguna vape dengan 39 kematian telah dilaporkan berlaku di A.S setakat ini.

Punca kematian dan penyakit di AS itu diberikan kod nama EVALI (e-rokok, vape atau produk berkaitan kecederaan paru-paru) dan berdasarkan maklumat rasmi, kes berkenaan membabitkan penyalahgunaan produk Vitamin E asetat dan tetrahydrocannabinol (THC), yang diklasifikasikan sebagai sejenis dadah.

Sumber: Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY