Telefon pintar dari Samsung, Xiaomi, Asus, Doogee, Leagoo dan Sony adalah antara peranti yang tersedia membawa perisian hasad di dalamnya.
Kryptowire, laman penyelidik keselamatan peranti pintar telah mendedahkan sejumlah kecacatan firmware dan aplikasi yang tersedia dipasang dalam peranti Android membawa perisian hasad di dalamnya.
"Pre-installed apps and firmware pose a risk due to vulnerabilities that can be pre-positioned on a device, rendering the device vulnerable on purchase." Kryptowire.
Secara tepatnya, mereka menemui sebanyak 146 perisian hasad telah tersedia dipasang di dalam peranti Android yang dibawa menerusi pra pasang aplikasi dalam peranti dan pelbagai lagi menerusi kecacatan yang terdapat di dalam sistem Android.

Jenama-jenama telefon pintar Android yang terjejas pula terdiri daripada 29 pengeluar termasuklah Sony, Samsung, Asus dan Xiaomi.
Berikut adalah senarai penuh pengeluar telefon pintar yang sedia terpasang perisian hasad di dalamnya menurut Krytowire:-

Daripada pendedahan oleh Kryptowire ini, apa yang dapat difahamkan adalah pengguna Android tidak dapat mengelak daripada kecacatan sistem Android yang bersifat terbuka.
Sekaligus mendedahkan penggunanya kepada isu pencerobohan data, tetapan yang meragukan malah lebih dibimbangi adalah tetapan yang boleh diubah pada peranti tanpa pengetahuan penggunanya.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Penyelidik Temui Perisian Hasad Jerung Dalam Aplikasi Ini Disebar Menerusi Play Store
- Pakar Keselamatan Komputer Mengaku Salah Membangun dan Menjual Perisian Hasad
- Perisian Hasad Palsu Donald Trump Diguna Penggodam Bagi Menipu Mangsa
- Cip Intel Akan Datang Didakwa Akan Mampu Menghalang Serangan Perisian Hasad
- Perisian Intip Terbaru Dari Russia Menyamar Dalam Pelbagai Kategori Aplikasi Popular Android
- Penjenayah Siber Dikesan Guna Logo Lama Windows Ini Untuk Sembunyikan Perisian Hasad
- Sebanyak 24 Aplikasi Android Ini Didakwa Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya
- Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
- Malwarebytes Menawarkan 'Extension' Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox
- Penggodam Didapati Memasang Perisian Hasad Tanpa Perlu Interaksi Pengguna Android