Pengguna China menerima kemas kini itu terlebih dulu.
Huawei telah mula menawarkan kemas kini versi stabil EMUI 10 kepada pengguna telefon pintar Huawei dan Honor sejak November lalu.
Sebanyak 11 model peranti Huawei dan Honor telah pun menerima kemas kini EMUI 10 sepanjang bulan lalu iaitu Huawei P30, P30 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X (4G), Mate 20 RS Porsche Design, Nova 5T, Honor 20, Honor 20 Pro, Honor V20 dan Honor Magic 2.
Untuk bulan Disember 2019 ini pula, sebanyak 14 lagi telefon pintar Huawei dan Honor telah mula menerima versi stabil EMUI 10. Berikut adalah peranti-peranti tersebut:-
- Huawei Mate 20X 5G
- Huawei Mate RS Porsche Design
- Huawei Mate 10 Porsche Design
- Huawei Mate 10 Pro
- Huawei Mate 10
- Huawei P20
- Huawei P20 Pro
- Huawei Nova 4e
- Huawei Enjoy 10 Plus
- Huawei Enjoy 9S
- Huawei Maimang 8
- Huawei Maimang 7 (Huawei Mate 20 Lite)
- Honor 20i
- Honor 10 Lite
Buat masa ini, fasa kedua EMUI 10 hanya dilepaskan kepada pengguna di China sahaja. Tetapi dijangka akan turut ditawarkan secara global tidak lama lagi.
Huawei mendakwa, setakat ini sudah lebih daripada sejuta pengguna peranti mereka sudah pun mula menggunakan versi stabil EMUI 10.
Sumber: Playfuldroid
Berkaitan
- Harga Sama Dengan Windows 10, Lesen Windows 11 Kini Boleh Dibeli Terus Dari Laman Rasmi Microsoft
- Penyelidik Temui Perisian Hasad Jerung Dalam Aplikasi Ini Disebar Menerusi Play Store
- Rakyat China Menyalahkan Apple Dan Terus Menyokong Huawei
- Seperti Biasa, Kemas Kini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Banyak Masalah
- Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
- Beli Barangan MSI Ini Dan Bawa Pulang "Gift Card" Netflix Bernilai RM100
- 'Surface Neo' Peranti Yang Dikuasakan Oleh Sistem Operasi Windows 10X
- Google Chrome 106 Mula Ditawarkan, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
- Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Windows 10 v1903
- Huawei Sanggup Menandatangani 'Perjanjian Tiada Intipan' Dengan Kerajaan Negara-Negara Lain