Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter notes

Twitter Sedang Uji “Notes”, Tak Jauh Beza Dengan Penulisan Blog

Diterbitkan Jun 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Twitter mengesahkan mereka sudah mula menguji ciri baharu iaitu “Notes”, yang membolehkan pengguna menulis kandungan yang lebih panjang dalam platform tersebut.

Twitter ketika ini mengehadkan siaran kepada 280 aksara sahaja dan “Notes” nanti akan ditambah had sehingga 2,500 aksara.

Berikutan ciri “Notes”, Twitter berkata ia dicipta setelah melihat ramai menggunakan platform tersebut untuk menyiarkan gambar dan berita sehingga mengarahkan pengikut ke pautan luar.

Ujian fasa pertama ini akan berlangsung selama dua bulan dan melibatkan sekumpulan kecil penulis di Kanada, Ghana, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Ciri baharu ini juga menurut Twitter bertujuan untuk mengekalkan pengguna dalam ekosistem Twitter, dengan pembaca dapat melihat tajuk dan mengakses nota yang lebih panjang dengan mengklik pada pautan.

Pengguna juga nanti boleh mengedit nota mereka selepas ia diterbitkan.

Menerusi pengumuman berkaitan ciri ini, Twitter telah mendedahkan bagaimana ciri “Notes” berfungsi.

https://twitter.com/twitterwrite/status/1539640984497229831?s=21&t=Qy6KutkHVLLl80FxVDbtkw

Sekali imbas, ciri ini sebenarnya lebih kurang seperti penulisan blog tapi dengan had 2,500 aksara.

Untuk pengguna aktif Twitter dan yang suka menulis serta berkongsi maklumat, ciri ini tentunya satu ciri yang sangat dinanti-nantikan.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Elon Musk: Twitter Perlu Ikut Cara ‘WeChat’ Untuk Berjaya
  • Twitter Rancang Undian ‘Shareholder’ Ogos Ini Untuk Jual Syarikat Kepada Elon Musk
  • Twitter Dilapor Sedang Uji Ciri Baharu Untuk Bantu ‘Shopping’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY