Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nilai Matawang Kripto Luna Jatuh Teruk Dalam Satu Malam

Posted on Mei 13, 2022

Matawang kripto Terra (LUNA) telah kehilangan nilainya lebih 98% dalam 24 jam sahaja. Oleh itu, sebahagian besar pelabur kripto LUNA kehilangan kehilangan harta laburan mereka.

Terra (LUNA) merupakan 10 teratas dalam matawang kripto paling berharga di dunia. Kejatuhan nilai matawangnya yang sebegini teruk memang tidak dapat dijangka oleh sesiapa.

Terra (LUNA) bernilai USD120 (sekitar RM530) pada bulan April lepas dan nilai tersebut jatuh kepada USD1 (sekitar RM4.40) pada rabu lalu.

Secara keseluruhan, nilai pasaran Terra telah jatuh daripada USD40 bilion (sekitar RM175.7 bilion) kepada hanya USD500 juta sahaja (sekitar RM2.196 bilion).

Selain Terra (LUNO), Bitcoin mencatatkan penurunan sebanyak 10% setakat rabu minggu ini dan ia adalah yang terendah sejak Disember 2020. Di samping itu, Ethereum juga mencatatkan penurunan sebanyak 16%.

Bitcoin dan Ethereum

Banyak bank-bank pusat sedang memperbaharui polisi kewangan mereka untuk melawan krisis inflasi dunia. Kesannya, ramai orang telah mencairkan matawang kripto tersebut kepada matawang fiat (MYR,USD dan lain-lain) untuk melawan inflasi.

Oleh sebab itu, tindakan drastik dalam jumlah yang banyak itu memberi kesan kenapa nilai matawang kripto Terra (LUNA).

Sumber: Independent, The Edge Markets

Baca juga:

  • AMD Melancarkan 3 Kad Grafik Baharu Bagi Siri Radeon RX 6000
  • Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090
  • Mungkin Sebab Kes Saman, ‘Rating’ LoL: Wild Rift Menurun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress