SanDisk Membawakan Kad SD Bersaiz 400GB- Hanya Sebesar Jari Kuku  

Pada tahun 2015 yang lalu, SanDisk telah memperkenalkan storan microSDXC bersaiz 200GB pertama kali seumpanya menggunakan teknologi flash TLC.

Hari ini mereka sekali lagi memperlihatkan model baru, Ultra MicroSDXC UHS-I yang mempunyai dua kali ganda kapasiti iaitu pada 400GB, dimuatkan dalam satu kad kecil sebesar jari kuku.



Menurut Western Digital, Kad SD baru ini adalah untuk penggunaan di telefon pintar atau tablet khususnya untuk platform Android, mampu memuatkan 40 jam storan video HD penuh dan memiliki kepantasan pemindahan pada kadar sehingga 100MBps, bersamaan dengan pemindahan 1,200 gambar 1080p seminit.

Ianya juga melepasi piawaian A1 App Performance Class Spesification yang ditetapkan oleh SD Association dalam memastikan prestasi yang berkualiti bersama UHS Speed Class 1, kad SD terpantas ketika ini.

Dengan storan mega sebesar 400GB ini secara logiknya akan hadir ke pasaran dengan harga yang tinggi iaitu pada $250 (~RM1067). Namun dengan penggunaan rakaman video 4K dan 2K yang semakin luas, storan sebesar ini adalah sangat berguna di masa akan datang.

Sumber

Berkaitan