Syarikat pengendali terbabit masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran, berdasarkan lesen-lesen yang dimiliki dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sah sehingga 1 Februari 2020.
Berita pada November tahun lalu, ada menyebut empat syarikat lain telah diberikan lesen perkhidmatan penyiaran TV platform satelit selain Astro iaitu, Ansa Broadcast Sdn Bhd, Jaringan Mega Sdn Bhd, Smart Digital International (M) Sdn Bhd dan High End Net Sdn Bhd.
Salah satu daripadanya, Smart Digital dilihat sedang bersiap sedia membuat pra-pelancaran pada bulan Jun hadapan. Berdasarkan laman web, ia bakal dikenali sebagai Sirius TV dan akan menyediakan 30 saluran serta 60 program video harian.
Selain itu, turut dimaklumkan bahawa tarikh baru pelancaran tertakluk kepada kelulusan jenis Set-Top-Box dan ujian akan dijalankan pada pertengahan Mei tanpa sebarang kos dikenakan.
Namun begitu, laman web itu tidak menyediakan sebarang platform komunikasi atau Q&A untuk pengguna mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Untuk itu, sama-sama kita nantikan Smart Digital International (M) Sdn Bhd perkongsian lebih terperinci menjelang pra-pelancaran tersebut.
via: Lowyat.net
Berkaitan
- Jepun Menyasarkan Olimpik Tokyo 2020 Disiar Menggunakan TV Beresolusi 8K
- MYTV Akan Dihapuskan? Ini Tweet Balas Daripada Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
- Xiaomi Dilapor Membangunkan Peranti Dengan Keupayaan 120x Zoom Digital
- Western Digital Perkenal WD Black PCIe SSD
- Pra Tempah Sekarang OPPO R9s Edisi Hitam (Rm1828) - Percuma Smart Band
- MyFreeView Hidang 15 Saluran TV, Dijangka Tambah Penyiar Baru Selepas Ini
- Samsung Perkenal Sero, TV Dengan Paparan Menegak
- LG Pamer TV OLED 65 Inci Yang Boleh Digulung
- Consumer Report: Papan Iklan Digital Jejak Data Orang Ramai Untuk Paparkan Iklan Yang Sesuai
- HONOR Lancar TV Pintar, Router, Vakum Dan Beberapa Perkakasan Rumah Pintar