Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Menyasarkan Olimpik Tokyo 2020 Disiar Menggunakan TV Beresolusi 8K

Jepun Menyasarkan Olimpik Tokyo 2020 Disiar Menggunakan TV Beresolusi 8K

Diterbitkan Ogos 29, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Jepun Menyasarkan Olimpik Tokyo 2020 Disiar Menggunakan TV Beresolusi 8K
Belum pun reda kehangatan Sukan Olimpik di
Rio, Jepun sudah berkira-kira melakukan persiapan hebat untuk temasya sukan
terbesar dunia itu. Sebelum ini kita sudah mendengar perancangan mereka untuk
menghasilkan medal daripada bahan buangan elektronik, kini mereka merancang
untuk menyediakan siaran sukan tersebut menerusi siaran 8K.
Menerusi laporan dari Nikkei, pengeluar TV
terkemuka dari negara tersebut; Panasonic dan Sony akan bergandingan dengan
penyiar siaran TV NHK dalam membina teknologi siaran yang berupaya menghasilkan
siaran 8K.
Paparan 8K adalah paparan yang 4 kali lebih
jelas dari resolusi 4K(resolusi tertinggi buat masa ini), dan 16 kali lebih
jelas dari resolusi 1080P. Ujian telah dilakukan semasa Sukan Olimpik di Rio
berlangsung, dimana NHK menyiarkan beberapa rakaman acara sukan. Bagaimanapun,
NHK terpaksa menyediakan siaran di tempat awam kerana set kelengkapan TV di
rumah tidak berupaya menyiarkan resolusi itu.

Laporan dari Nikkei turut menyatakan, Sony
merancang mengeluarkan set Tv 8K pada tahun 2020 manakala Panasonic masih belum
memberi sebarang kenyataan tentang model keluaran mereka. Walaupun Sukan
Olimpik bakal berlangsung pada 2020, NHK akan memulakan siaran 8K pada 2018 dua
tahun lebih awal dari tarikh temasya itu berlangsung.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY