Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google

Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google

Diterbitkan Mac 2, 2019 oleh Haikel Areff

Semasa acara MWC2019 yang lepas, Samsung telah mempertontonkan peranti boleh lipat mereka, Galaxy Fold. Ia telah diperkenalkan dalam acara Samsung Unpacked di San Francisco beberapa hari sebelum itu.

Kini, menurut laporan Phone Arena, Samsung menawarkan panel paparan boleh lipat mereka kepada dua pesaingnya iaitu Apple dan juga Google.

Perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sebelum ini turut membekalkan sampel panel sedemikian kepada beberapa pengeluar lain seperti Xiaomi dan Oppo.

Menurut sumber lagi, Samsung dikatakan bersedia melakukannya untuk mempercepatkan lagi perkembangan ekosistem peranti boleh lipat dalam industri telefon pintar dunia.

Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
Oppo, Kredit: Brian Shen
Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
Xiaomi, Kredit: Xiaomi
Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
Royole, Kredit: TechRadar
Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
Huawei, Kredit: TechRadar

Setakat ini, selain Samsung, pengeluar-pengeluar utama lain yang telah mengesahkan kehadiran peranti boleh lipat mereka ialah Huawei, Oppo, Xiaomi, Royole, Motorola, LG dan Energizer.

Bagaimanapun, beberapa model dari pengeluar di atas masih belum dilancarkan secara rasmi ketika ini.

Baca juga: Samsung Galaxy Fold Diumumkan, Bakal Dipasarkan Pada Harga Tidak Masuk Akal

Kami berpendapat, perkembangan ini adalah baik kerana jika lebih banyak peranti boleh lipat dihasilkan, ia mungkin akan dapat mengurangkan sedikit harga jualannya.

Ini kerana ketika ini ia dijual dengan harga tidak mesra poket iaitu sekitar RM8,000 ke atas.

 

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY