Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sensor OLED Display

Samsung Perlihat Panel OLED Pertama Dengan Imbasan Cap Jari Seluruh Skrin, Sensor Tekanan Darah

Diterbitkan Mei 23, 2023 · Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Amalina Athman

Samsung Display kini memperlihat teknologi baharu Sensor OLED Display, yang membolehkan imbasan cap jari dilakukan pada mana-mana bahagian skrin serta memeriksa kesihatan kardiovaskular.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Samsung Galaxy Z Fold5 Dan Flip5 Mungkin Dilancarkan Pada Julai Ini

Kebiasaannya, sensor cap jari dalam telefon pintar dimuatkan pada bahagian bawah panel sebagai modul berasingan daripada panel dan hanya sensitif kepada data cap jari pada bahagian tertentu paparan.

Sebaliknya, teknologi Sensor OLED ini boleh membaca data cap jari pada keseluruhan skrin dengan membenamkan light-sensing organic photodiode (OPD) ke dalam panel itu sendiri.

Selain itu, melalui cahaya OLED yang dipantulkan pada panel, ia juga boleh memantau kadar denyutan jantung, tekanan darah dan tahap tekanan pengguna dengan hanya sentuhan dua jari pada skrin.

Samsung Display OLED_3
Samsung Display OLED_4

Samsung menyatakan paparan Sensor OLED ini boleh merasakan jari kedua-dua tangan secara serentak, dan memberikan maklumat kesihatan yang lebih tepat berbanding peranti boleh pakai sedia ada.

Bagaimanapun, syarikat itu masih belum mengumumkan sama ada ia merancang untuk menggunakan teknologi baharu tersebut pada peranti akan datang.

Sumber: Samsung Display

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY