Samsung SDI, sebuah pembekal bateri kepada syarikat automotif seperti BMW bercadang untuk mengitar semula bahan ewaste seperti telefon pintar dari seluruh dunia bagi mendapatkan bahan-bahan seperti emas dan kobalt. Harga dunia untuk bahan seperti kobalt khususnya sedang mengalami kenaikan harga akibat kenaikan permintaan untuk komoditi tersebut.
Ditambah dengan tiada bahan alternatif lain yang mampu menggantikan bahan tersebut di dalam pembuatan kenderaan elektrik dan juga kontroversi yang melanda negara seperti Demokratik of Congo sebagai pengeluar terbesar bagi kobalt.
Negara afrika tersebut yang terkenal dengan kes rasuah, keganasan dan menggunakan tenaga buruh kanak-kanak menyumbang hampir 50% dari bekalan kobalt dunia. Samsung SDI yang merupakan pecahan dari Samsung Electronics Co. akan membeli pegangan saham di dalam syarikat yang menguruskan teknologi kitar semula dan memastikan bekalan bahan penting tersebut sampai kepada mereka dengan harga yang kompetitif.
Mereka akan bersaing dengan organisasi lain seperti Volkswagen AG, BMW AG dan Panasonic Corp. untuk mendapatkan sumber logam tersebut.
Sumber
Berkaitan
- Impian Microsoft Untuk Peranti Telefon Pintar Sudah Berakhir
- Arena of Valor World Cup 2021 Tawar Hadiah 500 Ribu USD
- NASA Memberi Respon Kepada Budak 9 Tahun Yang Mahu Menjadi 'Guardian of The Galaxy
- 'OG.Ana' Kembali Lagi Ke Arena Profesional
- Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas
- Lenovo Malaysia Kenalkan ThinkPad P1 & P72 Untuk Golongan Profesional
- FBI Mendakwa Penggodam Iran Kerana Membocorkan Siri Game of Throne
- Samsung Electronics Mengumumkan Penghasilan Cip Memori V-NAND Generasi Ke-5
- Samsung Mengejek Apple Dalam Perjalanan 10 Tahun iPhone Di Dalam Iklan Mereka
- Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G