Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Arena of Valor World Cup 2021 Tawar Hadiah 500 Ribu USD

Posted on Mei 21, 2021

Pertandingan Arena of Valor World Cup (AWC) yang pertama sekali bermula pada tahun 2018 mengumpul 16 pasukan dari sembilan wilayah seluruh negara ke pentas antarabangsa.

Terbaru, Garena mengumumkan AWC 2021 akan diadakan secara atas talian bermula 19 Jun sehingga 18 Julai ini.

Untuk pasukan yang menyertai AWC tahun 2021 ini, mereka berpeluang untuk menggondol hadiah terkumpul sehingga US$500,000.

Ini menjadikan AWC 2021 antara pertandingan e-sukan permainan mudah alih antarabangsa yang mempunyai hadiah terkumpul tertinggi.

Baca juga – COD: Mobile World Championship Tawar Hadiah Lebih $2 Juta

Namun, seperti kebanyakan pertandingan e-sukan tahun ini, AWC 2021 juga akan diadakan secara atas talian dengan bantuan teknologi penerbitan tinggi untuk konsep maya yang lebih mengasyikkan.

Baca juga – ‘OG.Ana’ Kembali Lagi Ke Arena Profesional

Perlawanan-perlawanan AWC 2021 akan disiarkan secara langsung ke serata platform penstriman di seluruh dunia dalam lima bahasa; Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Cina, Thailand, dan Vietnam.

Ikuti tarikh-tarikh ini untuk menonton pasukan-pasukan dan perlawanan kegemaran anda.

Sumber: siaran akhbar Garena

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress