Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas

Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas

Diterbitkan Jun 9, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini Samsung umum jam pintar mereka yang akan datang bakal menggunakan sistem operasi Wear OS, hasil kerjasama dengan Google.

Terkini, Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch Active 4 dikhabarkan semakin dekat dengan tarikh pengumuman selepas mendapat pensijilan CCC China.

Baca juga – Samsung Galaxy Watch Akan Guna Wear OS

Kedua-dua siri jam pintar terbaru ini akan hadir dengan dua versi:

  • Galaxy Watch 4 – SM-R880 (41mm) & SM-R890 (45mm)
  • Galaxy Watch Active 4 – SM-R860 (39mm) & SM-R870 (43mm)

Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas

Malangnya, ia tidak didatangkan dengan penyesuai pengecas (charging adapter) walaupun mempunyai pengecasan pantas tanpa wayar 5W.

Galaxy Watch 4 versi 41mm disahkan mempunyai bateri 247mAh manakala tiga lagi berkemungkinan mendapat bateri yang lebih besar. Ia juga dijana cip pemproses 5nm Exynos.

Selain itu, ciri menarik yang dijangka ada pada jam pintar ini adalah seperti paparan Super AMOLED berbentuk bulat, IP68, SpO2, serta pemantauan tidur dan kadar degupan.

Walaupun tiada tarikh rasmi, jam pintar ini dijangka hadir bersama-sama Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 pada bulan Ogos nanti.

Baca juga – Ini Adalah Jam Tangan G-Shock Pertama Dengan Wear OS

Sumber: sammobile

Foto utama: xda-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY