Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘OG.Ana’ Kembali Lagi Ke Arena Profesional

Posted on April 12, 2021

Pemain permainan video Dota 2 pasti mengenali Anathan ‘Ana’ Pham, tonggak utama kumpulan OG yang memenangi The International (TI) dua kali berturut-turut. Semalam, kumpulan OG mengumumkan Ana akan kembali untuk bermain semula bersama mereka bagi DPC 2021 musim kedua.

When things go wrong and you're unsure where to go next, the only source of sunlight that you feel like turning to is your friends. Your family.

The ones that love and accept you for exactly who you are.

Welcome back to OG³, @anadota99. 🌻#DreamOG pic.twitter.com/L63SfVNvcd

— OG (@OGesports) April 11, 2021

Ana terkenal dengan mengambil keputusan bersara daripada Dota 2 selepas memenangi TI8 kemudian kembali dan memenangi TI9 sekali lagi bersama kumpulan OG. Sekaligus, Ana digelar penyelamat OG.

Namun selepas ketiadaan Ana, OG sekali lagi mengalami masalah untuk memenangi apa-apa kejohanan sepanjang kejohanan musim 2020 walaupun mencapai peringkat akhir sebanyak tiga kali.

Peminat OG dan Dota 2 secara umum telah meramal mengenai kepulangan Ana ke OG menjelang musim baharu DPC serta perlepasan Yeik ‘MidOne‘ Nai Zheng dari skuad aktif OG beberapa minggu lepas.

Menurut pemain posisi (3) mereka Sébastien ‘Ceb‘ Debs, kumpulan mereka memerlukan sinergi persaingan dan kecewa mereka tidak dapat capai apa yang diharapkan.

DPC 2021 musim kedua akan bermula pada 13 April ini dan peminat boleh mula menonton Ana kembali beraksi di EU upper-division. Jadi, bolehkah Ana sekali lagi menjadi penyelamat OG dan memenangi TI tiga berturut-turut?

Sumber: gosugamers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress