Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam “Bright Night”

Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam “Bright Night”

Diterbitkan Disember 22, 2018 oleh Haikel Areff

Tangkapan imej pada waktu malam menjadi salah satu daripada kekurangan kamera telefon pintar jika dibandingkan dengan kamera DSLR.

Atas alasan itu, beberapa pengeluar dilihat sudah mula mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan menampilkan mod tangkapan malam mereka sendiri.

Jika sebelum ini, Oppo mempunyai Ultra Night Mode, Google dengan Night Sight-nya serta Huawei Night Shot, kini Samsung pula dikatakan bakal hadir dengan mod tangkapan Bright Night baharu.

Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam “Bright Night”

Ia telah dikesan oleh pihak XDA Developers di mana ia kelihatan pada firmware beta bagi sistem operasi baru Samsung, One UI. Kod “Bright Night” muncul dalam pengekodan berikut:

<string name="Title_bright_night">Bright night</string>
<string name="smart_tips_bright_night_description"> Suggest mode to take bright pictures even in very dark conditions. </string>
<string name="super_night_guide_capture"> Hold your phone steady. Taking picture. </string>
<string name="super_night_guide_ready"> Brighten up this shot with Bright night. </string>
<string name="bright_night_summary"> Take bright pictures even in very dark conditions </string>
<string name="SM_NIGHT"> Night </string>
<string name="SM_NIGHT_description"> Take multiple shots and combine them to get brighter, clearer pictures in low light without using the flash. </string>
<string name="bright_night_summary"> Take bright pictures even in very dark conditions. </string>

Sekiranya perkara ini adalah tepat, maka hampir pasti Samsung Galaxy S10 akan menjadi peranti pertama yang mempunyai sokongan ini dari dalam kotak.

Kita mungkin akan mendengar banyak lagi perkembangan terbaru yang akan dibawa oleh Samsung kepada One UI ini nanti.

Ia dijadualkan akan diperkenalkan pada Januari depan dengan Galaxy S9 dan Galaxy Note dikatakan akan menjadi model terawal menerimanya kelak.

 

Sumber: XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY