Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan

Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan

Diterbitkan Januari 22, 2019 · Dikemas kini Januari 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi membolehkan skrin paparan sepenuhnya dapat dicapai disamping prestasi kamera yang baik, Samsung telah melancarkan sensor imej terkecil dalam industri.

Menurut Samsung, sensor ISOCELL Slim 3T2 piksel 0.8 μm itu berukuran 1/3.4 inci (kira-kira 5.1 mm secara diagonal) mampu menghasilkan foto pada resolusi 20MP.

Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan

Memetik dari pengumuman syarikat itu, sensor ini dapat membantu pengeluar dari segi prestasi kamera serta rekaan peranti yang bakal dihasilkan.

Dengan teknologi ISOCELL Plus mereka, ia menjanjikan sensor yang mampu menyerap serta menangkap lebih banyak perincian cahaya untuk penghasilan warna yang tepat, walaupun pada piksel bersaiz mikrometer.

Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti PertengahanMenyasarkan kepada peranti pertengahan, penghasilan secara besar-besaran bakal dibuat sekitar suku pertama tahun ini.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY