Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perkenal Edisi Istimewa Galaxy Buds Pro Adidas Originals

Samsung Perkenal Edisi Istimewa Galaxy Buds Pro Adidas Originals

Diterbitkan April 5, 2021 · Dikemas kini April 5, 2021 oleh Amalina Athman

Pada 14 Januari lepas, Samsung telah melancarkan fon telinga tanpa wayar baharu iaitu Galaxy Buds Pro. Melalui Buds Pro, ia hadir dengan sejumlah penambahbaikan termasuk kualiti audio lebih baik , panggilan lebih jelas, pembatalan hingar aktif (ANC) dan sebagainya.

Terkini, Samsung mengumumkan Galaxy Buds Pro dengan kolaborasi bersama Adidas. Bercirikan mesra alam, edisi Galaxy Buds Pro Adidas Special Pack menggunakan bahan Post-Consumer Materials (PCM) yang mengandungi 20% bahan plastik kitar semula.

Galaxy Buds Pro Adidas Special Pack

Melalui pek ini, ia dimuatkan dengan sepasang fon telinga Galaxy Buds Pro, snapback case dan kupon untuk pembelian kasut Adidas Stan Smith.

Dijual bermula 7 April 2021, Galaxy Buds Pro Adidas Special Pac dijual pada harga 279,000 won (~RM1024) dengan kuantiti terhad. Bagaimanapun, ia hanya akan dijual untuk pasaran Korea Selatan buat masa ini.

Sumber: Samsung Korea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY