Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7

Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7

Diterbitkan Januari 14, 2021 ยท Dikemas kini Januari 15, 2021 oleh Helmi Samsuri

Setelah beberapa kali diperkatakan, Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan penawaran baru bagi fon telinga tanpa wayar, Samsung Galaxy Buds Pro.

Disebut hadir dengan rekaan lebih ergonomik, pengeluar turut menjanjikan kualiti audio lebih baik serta penggunaan dalam telinga lebih selesa. Menariknya tentang Galaxy Buds Pro ialah dilengkapi dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) buat pertama kali.

 

Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7Melalui penggunaan tetapan tiga mikrofon; dua diluar dan satu didalam, ia dikatakan mampu mengurangkan bunyi bising latarbelakang sehingga 99%. Selain itu, terdapat juga ciri pengesanan suara yang membolehkan tetapan AND serta bunyi ambient dilaraskan secara automatik apabila pengguna bercakap.

Dibahagian audio, Galaxy Buds Pro tampil dipasang dengan woofer 11mm dan tweeter 6.5mm untuk bunyi bass dan treble yang lebih mendalam dan baik. Antara ciri lain yang ada pada fon telingan ini seperti kebolehan bertukar secara automatik antara peranti Galaxy.

Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7

Contohnya seperti pengguna sedang menonton video pada tablet, panggilan suara diterima, audio dari fon telinga ini akan bertukar kepada telefon pintar. Ini bagi memberikan pengalaman penggunaan lebih baik kepada pengguna.

Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7

Galaxy Buds Pro turut dilindungi dengan pensijilan IPX7 dan bateri dijanjikan sehingga 5 jam serta 18 jam disamping kuasa dari bekas simpanan. Tempoh penggunaan lebih lama boleh diperoleh sekiranya pengguna tidak menggunakan ANC dan Bixby, iaitu sekitar 8 jam dan 28 jam bersama bekas simpanan.

Samsung Perkenal Galaxy Buds Pro Berharga RM799 – Ada ANC Dan IPX7

Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu black, silver dan violet dan ia diletakkan pada harga RM799 untuk pasaran Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY