Sudah setahun lebih usia aplikasi Samsung Pay dan yang terkini, Samsung akan memperkenalkan aplikasi yang sama dikenali sebagai Samsung Pay Mini. Dibangunkan supaya setiap telefon pintar yang menggunakan platform Android dapat menikmati fungsi pembayaran atas talian tersebut. Umum sudah maklum bahawa aplikasi Samsung Pay hanya boleh diakses melalui telefon pintar berjenama Samsung sahaja. Jadi bagi pengguna yang mahu menggunakan aplikasi berkenaan tetapi memiliki telefon jenama lain bolehlah memuat turun Samsung Pay Mini.
Aplikasi berkenaan bakal hadir dengan pelbagai fungsi perkhidmatan seperti keahlian, gaya hidup, dan juga pengangkutan. Tidak seperti Samsung Pay, versi mini ini tidak mempunyai sokongan pembayaran luar talian (offline) yang diakses melalui peranti pembaca.
Samsung akan mengeluarkan kemaskini bagi kedua-dua aplikasi tersebut bagi pengguna di Korea Selatan. Antara penambahan dalam aplikasi tersebut adalah ciri Shopping, berfungsi menghubungkan pengguna dengan beberapa pusat beli belah atas talian yang menggunakan perkhidmatan berkenaan. Ciri ganjaran mungkin akan disediakan aplikasi itu dimana ia akan memberi ganjaran berdasarkan transaksi yang dijalankan.
Samsung Pay dan Samsung Pay Mini hanya beroperasi menggunakan sekurang-kurangnya Android 5.0 Lollipop dan skrin paparan minimum 1280 x 720. Versi beta aplikasi Samsung Pay Mini akan dikeluarkan pada 6 Februari 2017 ini di Korea Selatan. Masih tidak dapat dipastikan lagi tarikh sebenar aplikasi berkenaan boleh dimuat turun pengguna di Malaysia.
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2o16, aplikasi Samsung Pay telah menjalankan lebih dari 2 trilion transaksi di Korea Selatan. Dengan Samsung Pay Mini, Samsung dijangka bakal menerajui saingan diantara Apple Pay dan Android Pay.
Sumber: Digital Trends
Berkaitan
- Nubia Red Magic 3 Bakal Dipasarkan Pada Harga Rm 2199
- Perisian Microsoft Office 365 Boleh Dimuat Turun Dari Mac App Store
- Foto Nokia D1C Android Tertiris
- Beberapa Kawasan Di Jasin Bakal Nikmati Internet Mencecah 1Gbps
- Xiaomi Patenkan Telefon Pintar Dengan Panel Solar
- Redmi Note 9S Rasmi, Dilengkapi Bateri 5020mAh, Kuad Kamera Dan Snapdragon 720G
- KKMM terbuka untuk syarikat lain bersaing dengan Astro
- 3 Android Launcher Ini Sesuai Untuk Warga Emas Dan Rabun
- Dengan RAM 1.5TB, Berapa Banyak Tab Google Chrome Boleh Dibuka?
- Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini