Samsung dikhabarkan sedang bersiap sedia
untuk melancarkan servis pembayaran mudah alih, Samsung Pay di Malaysia.
Khabar angin mengatakan beberapa peruncit
sudah dipilih untuk menjalani ujian beta perkhidmatan itu. Selain itu, Samsung
berkemungkinan menjalin kerjasama dengan Maybank bagi menjayakan sistem
pembayaran mudah alih ini. Maybank sebelum ini bekerjasama dengan Samsung bagi
perkhidmatan itu yang dilancarkan di Singapura pada 31 Ogos yang lalu.
Bank-bank tempatan yang lain dilihat bakal
mengikut jejak langkah Maybank dalam menyediakan servis Samsung Pay.
Perkhidmatan ini memerlukan telefon pintar menyokong teknologi
NFC (Near Field Communication) dan MST (Magnetic Secure Transmission) yang
menjadikan informasi kredit kad anda selamat disimpan didalam telefon pintar.
Dengan pelancaran yang dijangka berlaku
beberapa bulan lagi, ia mungkin dapat membantu Samsung dalam pasaran telefon
pintar di Malaysia selepas syarikat itu teruk dikecam berikutan kes model
Galaxy Note 7 meletup.
Sumber: Stuff Malaysia
Berkaitan
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599
- Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM
- Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris
- (Kemaskini) YouTube Sedang Alami Masalah Untuk Diakses
- Redmi Rasmi Mengumumkan Model K20 Dan K20 Pro
- Xiaomi Bakal Hentikan Kemaskini MIUI Untuk 6 Telefon Pintar
- Huawei Mate X2, Telefon Boleh Lipat Dengan Harga Yang Tidak Murah
- MyFreeView Hidang 15 Saluran TV, Dijangka Tambah Penyiar Baru Selepas Ini
- Bocoran Spesifikasi Samsung Galaxy A60 - Bateri 4500mAh Dan Skrin 6.7 Inci
- OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999