Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999

OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999

Diterbitkan Mei 16, 2019 ยท Dikemas kini Mei 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada awalnya disalah anggap sebagai sub-jenama kepada OPPO, siri Reno rasmi diperkenalkan pada April lepas. Membawa keunikan pada pada rekaan kamera terangkat umpama ‘sirip jerung’, ia turut ditemani dengan sebuah lagi versi, OPPO Reno 10x Zoom Edition.

shark fin reno

OPPO Reno akhirnya tiba untuk ditawarkan di Malaysia pada sebuah acara yang berlangsung sebentar tadi.

OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999

Menyingkap kembali spesifikasi yang ditawarkan, OPPO Reno didatangkan dengan skrin paparan AMOLED 6.4 inci, Snapdragon 710, dwi kamera belakang 48MP (f/1.7) + 5MP (f/2.4), kamera hadapan terangkat 16MP (f/2.0), bateri 3765 mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 dan dioperasikan dengan ColorOS 6 berasaskan Android 9 Pie.

OPPO Reno Muncul Secara Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1999

Harga jualan yang diumumkan adalah RM1999 untuk versi RAM 6GB/256GB.

Pra-tempah peranti akan bermula pada 17 Mei dan berakhir pada 27 Mei 2019. Pembelian boleh dibuat dari OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO, laman sesawang OPPO, Lazada atau Shopee . Belian secara pra-tempah akan mendapat hadiah tambahan bernilai RM437 berupa Battery Casing, waranti lanjutan selama setahun dan pelindung skrin.

Bagi OPPO Reno 10x Zoom Edition, gilirannya untuk dirasmikan adalah pada 27 Mei depan.

Baca juga – OPPO Malaysia Gantung 2000 Unit OPPO Reno Di Hadapan Pavilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY