Menurut Samsung, Notebook Odyssey Z ini adalah direka khas dengan kualiti kejuruteraan terbaik untuk memberi kepuasan kepada para penggemar permainan komputer. Peranti ini akan hadir dengan generasi ke lapan Intel Core i7 dan 6 cip teras serta kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 Max-P yang akan memastikan pengguna dapat bermain permainan video terkini dengan tetapan grafik definisi tinggi. Peranti ini boleh didapati dengan memori sehingga 16GB RAM dan juga menyokong penggunaan memori DDR4 dengan bandwidth 2,400 MHz maka permainan video anda dapat dimainkan dengan kelancaran sempurna.
Selain itu, dari segi paparan skrin pula, Samsung telah menggunakan skrin definisi penuh (HD) seluas 15.6 inci dan juga kamera definisi tinggi 720 piksel. Peranti ini turut dilengkapi dengan reka cipta penyejukan Z AeroFlow dan Z Blade Blower yang akan membantu mengekalkan suhu pada tahap optimum semasa bermain permainan video.
Tambahan pula, dengan rekaan sistem pengudaraan baru yang dinamakan Dynamic Spread Vapor Chamber melindungi GPU dan CPU Samsung Notebook Odyssey Z ini, masalah berkenaan suhu tinggi akibat sistem pengudaraan yang dipenuhi habuk juga tidak akan berlaku.
Reka cipta papan kekunci bagi peranti ini juga adalah dicipta khas bagi memberi keselasaan kepada pengguna untuk dapat menikmati masa bermain dengan tenang. Dengan rekaan Crater Keycaps dan papan sesentuh terbaru, ia akan memberi rasa seperti sedang bermain menggunakan desktop. Berikut merupakan spesifikasi Odyssey Z ini seperti yang dikeluarkan Samsung di laman sesawang rasmi mereka.
Sehingga pada masa artikel ini ditulis, masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan harga dan tarikh pelancaran Samsung Notebook Odyssey Z di Malaysia oleh pihak Samsung.
Sumber
Berkaitan
- Counterpoint - Majoriti Pengguna Baharu Pixel 3 & OnePlus 6T Datang Dari Samsung
- Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan
- Xiaomi Sahkan Redmi 6 dan Redmi 6A Akan Dilancarkan Pada 12 Jun Ini
- (Video) Peranti Boleh Lipat Lenovo Muncul Dalam Satu Video Demo
- Nokia Memperkenalkan 4 Telefon Baharu, Harga Bermula RM120
- Demo FIFA 19 Akan Tersedia Untuk Dimuat-Turun Bermula Hari Ini
- Huawei Siri P20 - Peranti Bermata Tiga Sudah Mendarat di Malaysia
- Canon Memperkenalkan EOS 200D (Rebel SL2)- DSLR Murah Untuk Newbies
- Seramai 532 Juta Penonton Menyaksikan PMCO 2019 Secara Siaran Langsung
- Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa Takuk