Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa Takuk

Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa Takuk

Diterbitkan Ogos 31, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 31, 2018 oleh Haikel Areff

Honor baru sahaja mendedahkan Magic 2 dengan kamera mekanikalnya di acara IFA semalam. Mungkin tercabar dengan peranti terbaru pesaingnya itu, Presiden Xiaomi, Lin Bin telah mempertontonkan model terbaru mereka, Mi Mix 3 melalui akaun Weibo-nya semalam. Menariknya, Mi Mix 3 juga mempunyai ciri yang hampir sama dengan Magic 2, iaitu kamera swafoto yang tersorok serta skrin paparan tanpa takuk.

Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa TakukKredit : Weibo

Namun, beliau setakat ini masih belum memberitahu bagaimana kamera swafoto peranti itu akan dijalankan, samada secara manual seperti Honor Magic 2 mahupun seperti Oppo Find X(mekanikal). Melihat secara dekat imej peranti ini, dapat dilihat ia seakan-akan sama seperti Magic 2 di mana panel hadapan akan diluncur ke bawah bagi menonjolkan kamera swafoto.

Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa TakukHonor Magic 2 (Kredit : Android Authority)

Xiaomi sebelum ini cuba untuk membawa keluar rekaan takuk dengan mengalihkan kamera swafoto ke bahagian dagu peranti Mi Mix 2S. Selain kamera, peranti ini dijangka akan hadir dengan sistem cip Snapdragon 845, bagi membolehkan peranti Mi Mix 3S didatangkan dengan cip Snapdragon 855 yang lebih baik.

Presiden Xiaomi Dedahkan Imej Mi Mix 3, Hadir Dengan Kamera Tersorok & Tanpa TakukMi Mix 2S (Kredit : Android Authority)

Berbalik kepada Mi Mix 3, Lin Bin dalam kiriman beliau turut mengesahkan bahawa peranti berkenaan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober nanti. Maka kita mungkin akan dapat mendengar dengan lebih lanjut berkenaan Xiaomi Mi Mix 3 ini dalam masa terdekat.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
©2026 WISER.MY